Budak Last Minute VS Cuti

Assalamualaikum..

Selamat Petang Pembaca, semua orang dah tahu pasal ni tapi.. sy , WSNF a.k.a Farhani mewakili warga alumni nak ucapkan Selamat Bercuti kepada semua rakyat Malaysia.. Hari Khamis minggu lepas ada Ujian Bahasa Arab.. Ramai yang komen kat Group Alumni pasal soalan tu susah akibatnya ada karangan.. Haha.. kalau ikutkan memang susah pon.. Kalau buat ayat pon tunggang-langgang.. Hah! Dah sah memang tak diSahihkan Lagi.. Mungkin kitaorang ni sama macam budak kat bawah ni..


Ulang kaji last minute ni memang bahaya, JANGAN TIRU!


Ni la budak Last Minute tu..

Haa,, baru tahu stress.. Hehe

Apapun Selamat Bercuti!


Hope u all pass with flying colours..
Masa itu Emas!
Haa, budak last minute tu Balik kampung jugak akhirnya,, Hati-hati ye!
p/s : Jangan ulangkaji last minute dan hati-hati dalam perjalanan balik kampung tu .. ^_^

Bye,, Assalamualaikum..

Salam,
Farhani




Terima Kasih kerana sudi baca post ni, kalau sudi komen and like! ;)

Semoga Berjaya !



Assalamualaikum..

Kepada semua blogger-blogger yang baca post ni mungkin lpas ni tak ada post sehinggalah pada
25 /05/2012..

Entry khas untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.. Tapi apa yang penting jangan meniru..





Awas! Bagi yang suka meniru!

Tip & Panduan bagi yang akan menduduki peperiksaan :

Persediaan Dalaman

Kesihatan rohani sangat penting utk menghasilkan otak yang cergas dan tajam. "Al-ilmu kannur - Ilmu itu ibarat cahaya" ...Cahaya hanya masuk ke dalam hati yang bersih.
Secara ringkasnya;


1. Jauhi perkara-perkara maksiat dan mazmumah. Contohnya derhaka (tak mendengar kata) pada ibu bapa, ber'gossip', mengejek, gelaran yang tidak baik, 'dating' dan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan Rasul..

2. Pohon maaf kepada semua orang, jumpa guru/pensyarah- minta halalkan ilmu; dan juga
maafkan orang lain.

3. Bagi yang memerlukan hafalan fakta, tetapi diri susah hendak mengingat apa yang telah dipelajari, cuba hafaz beberapa ayat atau surah dari Al-Quran. Apabila sudah mula menghafaz
ayat-ayat suci al-Quran ni,dengan izin-Nya secara tidak langsung iamemudahkan kita
mengingati fakta-fakta dalam pelajaran.

4. Qiamullail - bangun pada tengah malam. Buat Muslim, melalui amalan ini bakal menguatkan keyakinan dan kemantapan jiwa. Amalkan ibadat solat-solat sunat seperti tahajud, taubat, hajat, istikharah dan witir sekurang-kurangnya.

Persediaan Minda / Akal

1. 'Mind setting' - anggap peperiksaan sesuatu yang positif. Ramai orang yang tertekan dengan musim peperiksan sehingga menyebabkan otak 'gagal berfungsi' dengan baik di hari peperiksaan. Chill ok!


2. Berlatih menjawab soalan seperti dalam peperiksaan sebenar. Kadang-kadang soalan peperiksaan berulang-ulang atau seakan-akan sama, dan bagi mata pelajaran bercorak kira-kira, semestinya ia perlu kepada banyak latihan untuk memantapkan kemahiran yang ada.

3. Kenal pasti kawan di sekitar anda di dewan peperiksaan. Perkara-perkara sebegini
penting walaupun nampak agak remeh. Terutama calon peperiksaan yang ramai di dalam dewan ditambah dengan perasaan gemuruh menyebabkan calon tidak jumpa tempat duduk sendiri.


Persediaan Fizikal

1. Kesihatan

"Al-'aqlus salim fi jismis salim - akal yang cerdas dari badan yang cergas". Antara cara untuk
menjaga kesihatan ialah :

a) Tidur yang cukup - Pendekatan Imam Ghazali ialah 1/3 untuk belajar, 1/3 untuk rehat dan 1/3
untuk bermunajat kepada Pencipta

b) Jaga pemakanan - Firman Allah : Makanlah daripada makanan yang baik yang telah Kami berikan. (surah al-Baqarah 2:57)."Baik" di sini bermaksud sumber yang halal dan berkualiti.

c) Riadah - Riadah penting bagi melancarkan peredaran darah ke seluruh anggota badan. Ingat!Otak kita memerlukan oksigen dan glukosa untuk berfungsi dengan cemerlang.


2. Keselamatan


Jauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan dan kecelakaan pada diri.

Credit to: Ukm

Sebelum jawab tu lebih baik baca BISMILLAH



Semoga Berjaya!


Assalamualaikum..

Salam,
farhani



Terima Kasih kerana sudi baca post ni, kalau sudi komen and like! ;)

The Result

Assalamualaikum..

As well u all know.. i'm here now.. i keep my promised that i want to write a little post about my oral class.. ( speaking pulak budak ni, kalau salah grammar ke ape, mohon pembetulan sbb sy adalah budak baru belajar..Haha)

Ok pasal entry yang lepas yang bertajuk Oral oh Oral ..

Now for result..

Ok nilah time ditunggu-tunggu :-

Tempat keempat:-
Hikayat Daeng Menambun

Tempat ketiga:-
Dendam

Tempat kedua:-
Hemodialisis

Tempat pertama :-
Capa Rengat

Tapi yang paling best semua 33 pelajar ni dapat markah tinggi.. Maksudnyer cemerlang la.. well u know our class.. <--(perasan ni)

More info.. here MY BLOG

Sebelum sy undur, kalau ada terkasar bahasa atau ape.. Maafkan lah ye..

Salam,
farhani







Terima Kasih kerana sudi baca post ni, kalau sudi komen and like! ;)

Oral oh Oral!

Assalamualaikum..

Hai,, as all know blog ni melibatkan 33 pelajar tahun ni, iaitu pelajar 2 Bukhari..

Status pelajar sekarang ni:-

  1. Sibuk tengah tulis skrip
  2. Sibuk berlatih berlakon
  3. Sibuk duk fotostat kertas
  4. dan mungkin ada lagi yang tak siap skrip dan tengah tulis
  5. And maybe ada jugak yang tengah goyang kaki just like me! haha
Korang si blogger yang kat rumah tu or anywhere mersti tertanya-tanya nak buat apa?
untuk apa? kenapa kena buat? kan kan?

All status tu untuk PELAJAR 2 BUKHARI yang sedang sibuk sekarang..(Maybe)
Cikgu Hasnani yang cantik+ayu (kalau cikgu baca mampus aku) iaitu cikgu BM kami.

33 pelajar tadi dibahagikan kepada 4 group:-

  1. Group 3 --> Hemodialisis
  2. Group 2 --> Hikayat Opung Menambun
  3. Group 1 --> Dendam
  4. Group 4 --> Capa Rengat

OK lah sy ad jgk post my active blog ni -->

Follow skali! Hihi.. <-- Banyak la kau punya cantik!

Ok2.. Bye! Tunggu eh group mana akan menang!

Salam,
farhani

Terima Kasih kerana sudi baca post ni, kalau sudi komen and like! ;)

Pertandingan nasyid at sekolah

Assalamualikum,
Hye peace (Y)


Semalam adalah hari pemberian buku kemajuan dan pertandingan nasyid di sekolah.Hah BM sungguh ayat ella :D hahahaha...

cu tengok reaksi2 pelajar kelas 2B time cg bgi kad kemajuan..


kat kelas ella ader 9 orang je budak lelaki,maklumlah lelaki dah pupus..hahahaha


Hmmm....


Alahai,malu2 kucing la plak...hahaha


ehem2..awak tuu,cg aderr kat depan tu..


Amboi..bawak phone nampak..


Nie S/U kelas kami..Nur Adilah


Budak pandai derr..congratz bebe ^_^


Yang ini plak,ketua kelas kami..Ahmad Hannan

Okehh..tu jerr gambar yg sempat di rakam..nie plak gambar di dalam dewan..


Nie time nk buat persiapan untuk pertandingan nasyid Peringkat Zon 2..


Cehhh..ini budak belagak jadi juri la plak..hahaha


Antara abang2 yg menyertai pertandingan nasyid (blom bersiap lgi..)


Gelagat pelajar2 masa dalam dewan..



Soutul Azhari the best..


SMU(A) AZHARIAH atau Soutul AZHARI adalah johan..!!


Pengacara majlis..hahaha

Oklah.. That's all.. Bye! ;)



Terima Kasih kerana sudi baca post ni, kalau sudi komen and like! ;)

Assalamualaikum

Assalamualaikum '^_^
Selamat Datang ke blog rasmi ALUMNI 1 BUKHARI..
Harap maaf Blog ini masih di dalam pembinaan semula =,=

Terima Kasih kerana sudi baca post ni, kalau sudi komen and like! ;)